Polls

Saya bersyukur menjadi rakyat Sabah. Tinggi toleransi agama, the real 1Malaysia!
 

Syndicate

Empat Agenda Penting Kerajaan untuk 2010
Written by Jessel   
Monday, 08 February 2010

Ini cuma satu blog pendek:

Datuk Seri Najib menggariskan 4 agenda penting untuk dilaksanakan oleh kerajaan tahun ini iaitu;

  1. Gagasan "1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
  2. Program Transformasi Kerajaan (GTP)
  3. Model Ekonomi Baru
  4. Rancangan Malaysia ke-10
Read more...
 
Rizab Negeri Sabah RM2.4 Billion, Kaya juga bah Sabah
Written by Jessel   
Tuesday, 02 February 2010

Rizab negeri Sabah pada tahun 2008 mencatat sebanyak RM2.4 billion, menurut bekas Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Datuk Yussof Kassim. Ini adalah peningkatan yang begitu jauh semasa BN mula memerintah Sabah pada tahun 1994. Dan kata beliau lagi, ‘CM rotation system’ yang diperkenalkan oleh bekas PM Tun Mahathir Mohamed menyebabkan kewangan negeri hampir kekeringan. Kalau ikut pemerhatian ringkas, memang betul pun. Kekerapan penukaran CM menyebabkan hampir tiada projek yang dapat dilaksanakan kerana masa yang sering tidak cukup. Baru selesai peringkat kajian, CM-nya sudah ditukar pula…

Read more...
 
Kenapa perlu NKRA?
Written by Beetlebum   
Friday, 29 January 2010

Pada 27 Julai 2009, Perdana menteri telah mengumumkan mengenai Indeks Prestasi Utama (KPI) terhadap enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara atau ringkasnya NKRA.  Tujuan utama NKRA dilaksanakan adalah untuk memastikan agar pihak yang bertanggungjawab benar-benar melaksanakan tugas dengan cekap dan amanah terutama dikalangan anggota pentadbiran dan penjawat awam. Ini untuk memastikan rakyat, yakni klien utama kerajaan dapat melihat dan menikmati segala usaha dan rancangan pembangunan yang di hala tujukan untuk kemakmuran Negara dan rakyat.

Read more...
 
Sultan mangkat PAS mencaci
Written by Jessel   
Sunday, 24 January 2010

 Takziah kita ucapkan kepada seluruh warga Johor diatas kemangkatan Sultan mereka Almarhum Sultan Iskandar. Cuma yang sedihnya ni, ada pula blog penyokong PAS yang mencaci-cerca Almarhum Sultan  tersebut (klik sini ) selepas beliau mangkat. Dengan terang dan bangga penulis blog tersebut mengaku penyokong PAS “Parti Islam Se-Malaysia” tapi lagak tutur tulisannya tidak melambangkan peribadi seorang Muslimin langsung! Kalau inilah yang PAS ajar kepada pengikut-pengikutnya yakni  sifat benci, kurang ajar dan pendek akal…habislah lah Malaysia ni jadi negara extremist Islam kalau PAS naik memerintah. Nauzubillah, palis2 orang Sabah bilang. Bikin malu agama Islam saja, pegangan Islam PAS ni semakin jauh terpesong dari ajaran Islam sebenar. Islam sebenar memupuk semangat toleransi, hormat-menghormati antara agama serta individu dan banyak lagi dan semua ini sukar untuk kita lihat dalam tindak tanduk pemimpin serta ahli-ahli PAS sendiri sekarang. Penulis blog tersebut kemudiannya ada membuat permohonan maaf secara terbuka dalam blognya tetapi bukan semua perbuatan itu cukup dengan hanya ungkapan maaf, lebih-lebih lagi ianya melibatkan penghinaan keatas orang yang sudah meninggal dunia. May his soul rest in peace, amin.

Read more...
 
DAP dan Middle Malaysia
Written by Jessel   
Saturday, 23 January 2010

Dalam Konvensyen Kebangsaan DAP baru-baru ini, setiausaha partinya Lim Guan Eng memperkenalkan slogan terbaru DAP iaitu “Middle Malaysia”. Konsep “Middle Malaysia” ialah moderasi dan lebih toleransi berdasarkan semangat kerjasama dan persepakatan. Slogan ini memperjuangkan negara Malaysia yang samarata. Hmm…Lebih kurang 1Malaysia saja, cuma diubah ayat sana sini, baru sekarang DAP sedar kepentingan semangat toleransi, perpaduan dan kesamarataan antara kaum di Malaysia?

Read more...
 
Tragedi Berulang – Infrastruktur dan Ameniti Amat Diperlukan
Written by MNgupi   
Wednesday, 13 January 2010
Sedang kita menikmati kedatangan tahun masehi 2010, satu berita sedih lagi kita terima. Belum pun sampai 2 bulan tragedi bot karam di Pulau Banggi kita digemparkan lagi dengan dengan satu lagi tragedi, Kali ini di Sungai Labuk, Residensi Sandakan (4 Jan 2010). Kalau tragedi 28 November 2009 itu berlaku di laut maka yg ini di sungai lah pulak. Aktiviti riadah untuk menangkap ikan oleh seisi keluarga telah mengundang malang kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun. Walaupun panggilan kecemasan dilakukan pada 4.14 petang namun anggota bomba hanya sampai pada 6.30 petang kerana tempat kejadian yang berdekatan dengan Kg. Melapi jaraknya dengan bandar Sandakan adalah 150 km. Oleh itu pasukan keselamatan tidak dapat berbuat apa-apa kerana hari sudah gelap dan usaha pencarian terpaksa dilakukan keesokan harinya.
Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Results 1 - 7 of 52

Who's Online